Rakan-rakan saya

- SOFIESYA COLLECTION GA CONTEST -





Hari ni join satu GA hangat dari Sofiesya Collection. :)
Sesiapa yang berminat mahu join GA ini sila KLIK DISINI pada banner di atas tu ye.

Ok . Hadiahnya sungguh menarik sekali tapi ada syaratnya. Syaratnya kita perlu menceritakan apa-apa sahaja yang menarik tentang SC ini ..

Sofiesya Collection mempunyai pelbagai jenis pakaian yang menarik.
Saya tidak pernah membeli pakaian daripada SC so, tak ade lah gambar yang harus ditunjukan. 
Peplum daripada Sofiesya Collection telah menarik perhatian saya sebab peplumnya lawa-lawa. Sofiesya Collection mempunyai blouse yang menarik dan pelbagai warna yang menarik.
Tetapi bagi saya Peplumlah yang menarik sebab saya suka peplum 
Bukan itu saja, pelbagai jenis  pakaian anda boleh dapati di SC :D

Ok cukup itu sajalah entri-nyer.

Assalamualaikum :)

Minggu yang busy

Hollaaaaa~

Hari ni aku rajin pula nak menaip! Bolehlah update blog simple-simple ni :)
Tajuk di atas ada perkataan 'busy' . Minggu ni aku bosan sangat-sangat sebab tak ade langsung free time kat kv! Baru je habis cuti, ada semester pendek. Semester pendek ni kami kena buat satu kerja yang amat memeningkan kepala otak. Kena buat satu tugasan yang dinamakan 'EMPLOYABILITY SKILLS' . Dengar je pun sudah susah apa lagi nak buat kan?
       Rabu ni sudah masuk hari ketiga buat Employability skills ni. Ada empat modul yang perlu diselesaikan dalam masa 4minggu ini. Aku kena lah semangat sikit sebab nak siapkan awal-awal. Aku tak nak tangguh-tangguh lagi sebab tak syok la kan. Serius gila aku buat kerja ni :')
       Fail dia punyalah besar. Kena seret fail tu di mana sahaja. Lol. Kena baca semua isi kandungan termasuk kulit fail tu. Malas sangat-sangat nak usha fail ni tapi terpaksalah sebab khamis ada ujiannya pula! Aduh...


Inilah muka depan fail tu hikhik. Awesome (Y).
Belum lagi tengokk empat modul di dalamnya. Pening kepala dibuatnya. Esok pula ada ujian harap dipermudahkan sebab sudah sakit kepala baca dari tadi. Harap soalan tu senang la juga ye sebab malas nak fikir-fikir. Nanti aku bagi jawapan logik akal pula haha .
               Ok-lah, sampai disini sahaja entri yang tak seberapa menarik ni. Lain kali update lagi. :)
Assalamualaikum..

Alkisah Capital B



Ada apa dengan Capital B? Siapa Capital B? Haha Capital B ni sebenarnya crush aku yang dulu >.< . Tiba-tiba teringatkan si dia ni pula sejak sekolah tadi. Dulu aku suka sesangat dekat Capital B ni. Ramai yang minat dia haha termasuk aku. Kira dia ni femes lah juga? Gaya Capital B ni macam anime :O betul dan serius. Cara dia berjalan aku boleh agak dah dia jalan cool je macam kartun anime ^.^ . Dia comel tapi agak sombong -,- . Orang-orang yang tertentu je yang boleh dekat dengan dia ni. Untunglah siapa yang rapat dengan Capital B. 
             Nama sebenar Capital B aku tak boleh dedahkan sebab apa manalah tahu ada kawan-kawan aku yang tengah usha blog ni x) .Ala dorang tahu pun takpe aku tak kisah sebab benda ni sudah lama sih . Aku cuma teringat dekat si dia . Aku harap boleh tengok muka dia lagi sebab aku sudah pindah sekolah awal tahun ni. Dia pun pindah juga. Betul ke dia sekolah dekat sebelah sekolah aku? Lul
              
Kalaulah betul dia sekolah dekat sebelah sekolah aku yang sekarang, aku rasa dia mesti stay asrama sebab rumah dia dengan sekolah ni jauh la jugak lainlah kalau dia rajin nak jadi budak outsider kan :) . Macam aku budak outsider. Hari-hari balik rumah. Ni pun dikira baguslah daripada duduk asrama. Kasihan semua kawan-kawan aku yang duduk asrama sebab rumah dorang jaug gegila -,- kalau dorang jadi outsider maknanya hari-harilah dorang tempah tiket bas nak balik rumah ==".
Ok kepala otak sudah mula kosong ni. 


Bercuti dengan internet



Hai korang buat ape cuti dua minggu ni? ^_^ Mesti best kan pergi bercuti atau buat perkara-perkara yang best! Aku duduk dekat rumah ajelah time cuti ni. Tak tahu nak keluar pergi mana cuti dua minggu ni. Homework pun tak ada jadi, aku bercuti dengan internet jela. Agak membosankan haha sebab tak tahu nak buat ape ni :/ . Menghadap laptop jela kerja aku ni sambil online. Facebook, Twitter, dua ni memang tak boleh lepas pandanglah sebab hari-hari wajib usha.

              Aku teringin juga nak keluar dengan kawan-kawan tapi dorang tinggal jauh sangat lah. Semua tu sebenarnya duduk asrama. Kawan lama? Aku tak tahulah kawan lama aku tu teringatkan aku ataupun tak. Sebab kami selalu je gaduh hehe. Ape-ape pun gua minta maaf. Rindu korang semua dan teringin nak keluar jalan-jalan dengan korang lagi :).

               Disebabkan cuti dua minggu ni aku menghadap laptop je, tahap kerabunan aku pun meningkat :/ . Rabun oh rabun. Lantaklah ade ke aku fikir pasal ni, yang aku pikir aku tengah bosan ni. Tak tahu nak buat ape. Internet jela teman ku. Teman ku di siang dan malam hari. ^.^
K itu ajelah. Tak tahu nak buat entri ape sebab bosan yang amat.....

"Sape sombong, aku unfriend" - Fcbook

Assalamualaikum dan selamat petang semua :')

Hari ini aku ada satu entri yang bertajuk di atas. Sudah banyak kali nampak status macam tu. Bukan apa, aku rasa memang patut pun unfriend orang yang tak pernah kita-dia tegur kan?

Bila orang update begitu mesti ramai yang komen kan? Takut kena remove lerrr~~. Then, tak semestinya orang yang tak pernah tegur kita tu sombong kan? Padahal orang tu lah yang selalu like status kita. Just dia tak komen aje. Macam aku xD.

Aku malu aje, takut tak dilayan kan. Komen je kat status orang tapi dia orang ada yang memilih. Yang comel baru nak layan. Aku rasa terpinggir pulek -.- . So, aku just like je. Aku ni kaki like tau hahaha.. Aku like je status yang muncul dekat home aku. Tapi kenalah tengok jugak status tu pasal siapa, apa..

:) ~ Tuje. -Bosan-

Segmen : Saya nak FREE GIFT by Miratul Reyyah :)



Holla semua.!! Marilah beramai-ramai join segmen ini.. Pelbagai hadiah disediakan :)

Jika mahu join KLIK pada  di bawah ini ..



-> KLIK DISINI <-

Tamat pada : 9 MEI 2013

Aku Mahu Cuti!


Holla!!! Lagi bape hari nak cuti bulan 3 ni. Tak sabar rasanya. Aku letih sangat-sangat ni -_- Motif aku nak cuti sebab aku nak bangun lewat. Bukan sebab malas pergi sekolah. Tapi rasenye kalau cuti mesti assignment bertimbun kan? Cikgu tak bagi kami berseronok. Nak buat macam mana itulah lumrah pelajar seperti ku.. Bila cuti nanti aku nak siapkan semua assignment aku dulu lepas tu barulah relax-relax :) Macam tu la best kan! Tapi adakah ini sekadar kata-kata ku? -.- Aku selalu siapkan homework last time! Haha pemalas katakan ;)



         Cepatlah hari Jumaat! -_- Haha sabar-sabar, pejam celik pejam celik dah Jumaat :D cak cak. Kan? Dan.............  Pejam celik pejam celik sudah nak habis cuti -_- haduii.. Penat jugak jadi pelajar kolej vokasional ni. Hari-hari balik pukul 5ptg. Tapi tak bolehlah nak merungutkan sebab aku yang nak masuk sangat KV ni dari dulu :) So, terima ajelah. 4Tahun. Ni pun tak tahu lah sampai ke tidak 4Tahun sebab kalau gagal dibuang kolej! -_- Seram kan? Mesti malu masuk balik sekolah lama. Mesti ada perli punya kahkahkah.. Takpe takpe aku akan berusaha sebaik mungkin, dapatkan markah tinggi walaupun agak susah :') Aku tak nak lah dibuang kolej hikhik. Takmo takmo >.<

          Lagi satu kedatangan pun di ambil kira. Sebab tu aku rajin gila pergi sekolah .. Haha tak de dah cuti-cuti atau ponteng-ponteng macam dulu. Markah weh markah! So rajinkanlah diri pergi ke sekolah. Paling suke time free laaa. Kalau duk dalam kelas asyik terlentok aje -_- tak cukup tidur woi..

           Sampai disini sajelah entri kali ini. Ade yang membace tak entri boring ni? :')
Tak ada kuang kuang kuang..

Bye :)


Masalah Masalah!!



Hadoi!!! Masalah betullah >.<  Pening dah ni fikir ape masalah yang terjadi kat blogku ini. Masalah ape? Masalah kat sidebar tu. -------------------------------------------------------------->>>>
Cuba tengok Font dia besar dengan kotak Sidebar dia sudah hilang. Aku dah banyak kali try tengok kat html tapi tak de ape yang berubah pun. Aku try ubahkan Font dia tapi tak boleh! Still jadi Font ni jugak. Macam mana ni? Pening dah aku fikir benda ni dari tadi. Sakit hati je T.T huhuu..

Kalaulah ade sesisapa yang tahu cara nak selesaikan masalah kat blog aku ni kan bagus. Almaklumlah aku still baru lagi kat dunia blog ni. Tak tahu apa lagi. Aku nak Font lama dan kotak sidebar lama aku kembali balik. Buruk lah Font besar tu. Aishh pening - pening. 

Lagi satu bukan Font sidebar je, Font post aku ni pun jadi lain. Besar!!!! Aku guna Arial tapi jadi apa entah sekarang ni . T...T

Sesiapa tolong aku hukhuk :'(






Segmen Jom Pilih Hadiah By Nabila Biela :)




Jum join Segmen dari Nabila Biela ini.
Jika mahu join hanya klik pada banner (gambar) kat atas ni ye :)

Senarai Hadiah :-

DRESS (3 ORANG)
PEPLUM (2 ORANG)
LIP TINT (2 ORANG)
TOPUP RM10 ( 7 ORANG)
TOPUP 5 ( 5 ORANG)
HANDPHONE CASES (10 ORANG)
KEYCHAIN (10 ORANG)
BODY SCRUB D HERB ( 3 ORANG)
NOVEL (2 ORANG)
BANNER IKLAN DI PINGJE.ORG (SORANG)
TUDUNG BAWAL (4 ORANG)
SHAWL (SORANG)

Hadiah yang saya pilih :-

1-Dress
2-Peplum


Tangan sakit sakit sakit

Hai hai.. :)

Sudah lame tak update blog. Sentuh pun tidak. Semua ni sebab terlalu busy dengan sekolah, kerja sekolah. Penat. Hari ni penat gila sebab sekolah bukan hari ni je hari-hari penat. Cuti sabtu ahad pun tak cukup . Tapi nak buat macam mana dah jadi pelajr kenalah sekolah hari-hari. Tak sekolah kena surat amaran pula :')

    Hari ni aku tak tahulah penat sebab ape. Aku belajar pagi je, belah petang freetime. Mungkin sebab tak cukup rehat jadi penatlah kan. Tangan aku pun banyak dah luka-luka sebab pasang sistem unit tadi. Terkena benda tajam kat motherboard tadi. Fuhh nasib baik tak hilang tangan haha. Pelajar komputer kenalah buat jugak. Biar jadi pandai dan berpengalaman kan. Kalau tak macam mana nak kerja lepas keluar sekolah nanti.

     By the way, luka yang kecik gila pun aku still rase sakit sampai balik -.-! Tajam gila. Masuk dalam sangat kot dawai tu. Dawai ke? Hahahaaa. Ape-ape jela kan. Aku sakit sakit dan sakit .. Minggu depan nak bukak ape pulak ye. Tunggu jela. :D