Rakan-rakan saya

' QUICK GIVEAWAY BY SUKKA & IZZAH ISMAIL (!) '





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Tuan,Puan,Encik,Cik dan sebagainya.

Adakah anda sedang bosan?
Tidak tahu buat apa-apa dirumah?
Haa, marilah beramai-ramai Join Giveaway ini daripada Sukka dan Izzah Ismail.
Daripada bosan tidak tahu berbuat apa, jom la Join bersama kerana akan mengisi masa anda
yang luang terlebih tu.

"QUICK GIVEAWAY" ini dianjurkan oleh Cik SUKKA dan Cik IZZAH.
Merekalah yang menganjur GA ini.
Jika mahu join , sila baca syarat dibawah ini dahulu:-

1-Buat entry bertajuk "Quick Giveaway By Sukka & Izzah Ismail (!)"
2-Letak banner kat atas entry
3-Diharuskan tag seberapa ramai kawan blogger anda
4-Selesai semuanya, sila tinggalkan Link tadi dikotak komen Cik Izzah
5-GA ini berlangsung selama 7hari sahaja.

Tamat GA ini ialah pada 7Disember 2012.

Jika anda sudi join sila ke blog ini untuk keterangan lebih lanjut :-


Saya Tag :-



Ok itu sahaja untuk kali ini. :)


Result PMR


   Lagi beberapa hari ye nak ambil result pmr? Aku pun tak tahulah bila. Malas nak ambil tahu tapi kena ambil tahu pulak. Aku tahu mesti tak ada A dalam result pmr nanti. Yela aku kan bukan budak pandai pun. Tak ada A pun takpe tapi lulus semua lah. Tamau gagal. Aku tahulah aku ni selalu gagal Mathematic. Susah gila Math ni. Sebab tu selalu gagal aje. Lulus pun jarang je. Nanti ambil result pmr mak aku temankan. Bagus bagus bagus. Boleh la larikan diri daripada budak-budak tu. Puih... Aku tak nak bertembung lah dengan mereka. Aku harap aku lulus dlam pmr tahun ini. Haraaap sangat. Kalau lulus legalah hati aku ni. Tak lah takut-takut..

   Tak sabar juga naik form 4 nanti. Nak cari kawan barulah. Harap dpat juga kawan baik. Aku tak ada kawan baik pun.. Mesti ramai yang dapat A dalam pmr nanti. Aku jeles je haha. Mesti best dapat result yang gempak kan? Aku tak akan gempak punya. Nak je ambil pmr balik, sebab aku rasa aku tak puas hati dengan semua paper ni. Hm yang berlalu biarlaj berlalu. Buat apa nak fikir lagi. Buat takut dan jadi kalut je aku ni. Ok..

 Ini je entry kali ini...

" NT | 1ST END YEAR GA"



Hello dan Selamat Malam Jumaat. Haha
Hari ini ada GA yang menarik yang boleh anda semua join bersama.
GA ini bertajuk 1ST END YEAR GA by Blog Si Nyamuk ..
Nampak best kan? Joinlah sekali.

Hadiah-hadiahnya sangatlah menarik.
Syarat-syaratnya sangat mudah dan tak susah laa~

HADIAHNYA:-


Hadiah Utama : Wang Tunai RM100 untuk dua pemenang

Hadiah lain :-

Topup bernilai RM30 
Topup RM5 untuk 4 org pemenang
Topup RM10  untuk 2 orang pemenang

Tarikh tutup GA ini pada 31 Disember 2012.
Jadi marilah join ye ajak kawan sekali.

Jika setuju mahu join silalah ke blog Si Nyamuk.

ok itu sahaja:)



"Segmen Bloglist Disember Ice Princess"




Assalamualaikum semuaa yang tengah membaca entry ini.
Marilah beramai-ramai join segmen Bloglist Disember ini. Syaratnya mudah dan senang.
Kamu hanya perlu tekan DISINI UNTUK JOIN yer. Mudah dan tak susah kan?.

Apa yang kamu akan dapat?

1- Akan diblogwalking setiap kali Cik Ice online..
2- Dipromote bukan sahaja di fanpage facebook, malah juga di google plus..
3- semua peserta yang terlibat akan direview walaupun tidak berjaya menjadi ahli bloglist Cik Ice .

Syaratnya ialah:-

Sila buat satu entry dan letak banner kat atas ke dalam entry tersebut..
Kemudian, linkkan ke entry ini.
Sesudah itu, copy link entry dan paste kat bahagian ruang komen blog Cik Ice Sahaja..

Hadiah :-

5 peserta terpantas akan mendapat top up sebanyak RM10 setiap orang (DIGI | MAXIS | CELCOM)

Okay itu saja untuk kali ini :).



''Peplum Giveaway by Nadnod Azizan''




Hello. 
Hari ini aku join Giveaway daripada NadNod Azizan. Ramai yang kata best sebab hadiah dia :)
Aku tak lepaskan peluang untuk join sekali .

Kalau anda mahu join sekali, tekanlah DISINI YE.
Tak susah pun senang aje kan. Joinlah jika tengah bosan tu, boleh isi masa dengan join Giveaway ini.
Sebenarnya kalau nak join kena tekan banner diatas tu tapi disebabkan internet lembap sangat ni, aku tak buat macam tu.. Sori yer :)

Tarikh tutupnya hari ini. Pada pukul 10.30 mlm.
Cepat-cepat ambil peluang ini untuk join ye. 
Suka hati kamulah nak join ke tak :)

Hadiahnya seperti gambar dibawah :-


Peplum ni cantik kan? Warna purple lagi tu. Memang cun.
Jika ada rezeki menanglah kan? haha.

Measurement untuk Peplum ini ialah :-
shoulder 34cm | bust 90cm | lenght 61cm.
Free Size  : fit S to M

Pemenang akan dipilih melalui :- Random.Org
Hadiah dipost dalam masa seminggu aje .
Senarai peserta finalis akan dipost diblog NadNod Azizan ini.

Okay itu saje untuk entry kali ini :)
Bye bye




RA Segmen: Jom Follow dan Click Earnings



Hello kepada sesiapa yang tengah membaca entry ini.
Hari ini aku join segmen "Jom Follow Dan Click Earnings" daripada blog Green Housera Ini.
Aku join sebab macam best je kan? Memang best hahaha.
Ok kalau kamu semua nak join juga sila tekan DISINI YE
Mudah aje kan, tak susah pun. Join la ramai-ramai baru best dan mendapat sambutan :)

Sekarang masa untuk tag beberapa orang yang terkena..


Ok itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi.
Bye bye.



" Exclusive Giveaway by Double A"



Hai kepada sesiapa yang tengah membaca entry ini.
Hari ini aku join lagi Giveaway daripada Double A. Tengoklah banner diatas yang comel itu, ia berlangsung selama 10hari je. Kalau nak join tekan DISINI YE . Jangan segan silu semua.
Kepada ssesiapa yang tengah boring jomlah join.
Tak rugi pun kalau join kan.

Pemilihan pemenang untuk GA ini :-

-2x Top Refferal
-3x Post Menarik/Kretif
-Selebihnya Random.Org

Pelbagai hadiah yang menarik untuk para pemenangnya.
Hadiahnya begitu menarik sampai akan menarik semua orang untuk join.
Tidak ada unsur paksaan untuk join Giveaway ini kerana itu hak diri sendiri untuk join.
Giveaway ini akan tamat pada 30 November 2012 dan tinggal beberapa hari lagi.

Yang paling penting ikutilah syarat yang dinyatakan oleh Double A ya~
"Join join join"

Aku tag mereka :-

3-Azwa

Terima kasih kerana membaca :)
Bye





"Mereka Yang Paling Saya Sayang by Aida Comel"


Assalamualaikum kepada sesiapa yang sudi membaca.
Hari ini aku join satu contest daripada blog Cik Aida Comel yang bertajuk
"Mereka Yang Paling Saya Sayang".
Nampak tak banner comel tu? Itulah banner contest ni..
Jika awak mahu join sama sila tekan DISINI YE . Terima Kasih.

Dengan ini aku akan mulakan cerita "Mereka Yang Paling Saya Sayang".


Siapa remaja perempuan yang ada dilam gambar diatas ini? Haa, inilah dia kawan baik aku sejak kecil lagi. Nama dia Alysya Yasmin. Sedap kan nama dia? Sesuai dengan orangnya yang cantik dan putih. 
Kembali kepada tajuk, Alysya ni kawan aku sejak kecil. Sejak dari sekolah rendah masa darjah tiga lagi. Lama kan? Memang lama pun. Dulu kami selalu bermain bersama-sama sebab rumah pun dekat aje. Bila time cuti aku selalu datang rumah dia sebab nak bermain hehe. Dari pagi sampai petang main je.

Bila disekolah pula, kami selalu bersama. Bestfriend la katakan. Ramai kata kami ni rapat sangat sebab setiap masa bersama je. Bila aku seorang ada pula yang menegur mana kawan aku. 
Memang seronok berkawan dengan dia. Aku selalu kongsi cerita dengan dia sebab bila berkongsi cerita dengan dia rasa selesa daripada kawan-kawan yang lain. Dia memahami. 

Kami berkawan sampai sekarang. Tapi bila dah berumur 15tahun ni takan pula nak bermain kan? haha. Aku datang rumah dia pun sebab nak bercerita je. Yela kan dia kan kawan aku mana boleh main lupa je. Lagipun dia baik dengan aku. Mak ayah dia pun baik juga dekat aku. Bersyukur dapat kawan macam ni sebab jarang dapat orang yang macam ni.

Sekarang bila sudah masuk kesekolah menengah ni kami tak la rapat macam dulu-dulu tapi masih lagi berkawan. Tak baik la kan tiba-tiba tak baik pula sebab berkawan dari kecil lagi. Walaupun tak rapat macam dulu, aku masih lagi berkongsi cerita dengan dia. Best la kawan dengan dia ni. Dia ni pun banyak peminat sebab dia kan cun hahaha. Walaupun cun dia tak pilih kawan. Ok la kan sebab kadang-kadang ada orang bermuka cantik tapi memilih kawan. Tak best la camtu kan.

Ok la setakat ini sahajalah cerita aku ini. Semoga berhibur haha. Aku tahu cerita ni membosankan dan membuatkan kau orang menguap. Ok Bye :)









Kebosanan Melanda

   Hai sekian lama tak update entry hari ini rasa nak update sesuatu tapi tak tahu nak update apa sebab tu tajuk dia macam tu je.

    Sekarang sudah 25 haribulan lagi beberapa hari nak masuk bulan Disember. Lepas bulan Disember bermulalah sesi persekolahan balik. Ini yang tak best kan sebab bila sekolah jarang nak dapat cuti panjang itu pun cuti yang tertentu. Tahun depan aku berharap sangatlah dapat masuk Kolej Vokasional. Itu pun kalau dapat la kan. Mana tahu. Sekarang ni tengah bosan gila dekat rumah. Tak tahu nak buat apa selain duduk online aje. Aku nak join banyak Giveaway tapi kekadang syaratnya banyak sangat sampai malas nak join haha. Ada juga aku tak faham syaratnya pula. Ape pun nak join juga buat kali kedua.

    Bila aku jenguk blog orang lain, semua mesti buat tutorial kan? Untunglah pandai buat tutorial daripada aku tak pandai buat langsung. Otak mereka memang bergeliga lah !! Hebat haha. Nanti nak cuba juga buat tutorial kalau rajin dan sudah pandai buat tuto. Tengoklah, okay sekarang ni masa nak stalk blog orang lagi.

Bye :-)

Segmen "Cik Lyeen's Giveaway"



Assalamualaikum wahai si comel disana.
Cantik kan banner diatas ini? Ada kartun lagi tu, aku ni peminat kartun Rilakkuma pulak tu.
Pandai Cik Lyeen edit kan? Simple sahaja gitu.

Ini kali pertama join segmen Giveaway. Mahu juga mencuba join segmen sebegini. Macam best je kan.
Jika anda sekalian mahu join juga cuma klik DISINI YE . Tak susah pun kan haha.


Sekarang ni aku nak tag 11 orang pula.  Kenapa 11 orang? Sebab hari lahir aku 11 haribulan. Ada pula haha.


Ok selesai bahagian ini.

Segala syarat penyertaan sudah aku laksanakan. 
Selesai!! :)

Kolej Vokasional

 


      Sudah seminggu aku bercuti selepas habis PMR hari itu. Tapi duduk rumah pun bosan sebab terperap dalam rumah. Bukan keluar pergi mana-mana pun. Baru-baru ni aku ada buat pemohonan ke Kolej Vokasional. Aku pilih Setapak sebab KV sana ada bidang yang aku minat. Jurusan apa? Jurusan Komputer. Hehe.. Aku minat sangat dengan sistem rangkaian ni. Dari dahulu lagi. Oleh itu, aku pun pergilah ke laman web rasminya untuk hantar pemohonan tu. Tet tet tet sudah selesai isi borang online dan tekan hantar.

Berharap sangat dapat diterima KV tu sebab aku jenis yang tak minat sangat belajar. Aku lebih suka menghadap komputer berjam-jam lamanya. Berabad pun boleh sampai rosak mata aku yang rabun ni. Sudahlah rabun nak tambah lagi penyakit. Cacat mata ni. Ibubapa pun tak kisah aku mohon KV, dorang sokong aje. Yang penting kita ke sekolah daripada buat kerja yang tak berfaedah.

Bila cuti ni ramai yang keluar 'hang' dengan geng-geng (kawan-kawan).. Seronoknya kan? Aku duduk kat rumah lagi best menghadap laptop kesayangan. Yelah nak keluar tak ada kawan dan tak ada duit. Pokai pokai pokai. Mana ada duit sebab tak kerja lagi. Kenapa tak kerja? Sebab kecik lagi. Tapi ramai yang cari kerja musim cuti ni. Eh sudah kelain tajuk pulak.

Apa yang penting, aku harap permohonan aku diterima. Tolongla ye. Aku nak sangat masuk KV ni. Pakai baju kilang haha. Maksud aku baju warna oren. Yeke warna oren? Kita tengok saja lah bila aku diterima nanti. Kalau tak diterima mungkin bukan rezeki aku kot, Redha je lah kan. Huk huk. Nak buat macam mana. Tapi diri ni berharap diterima oi. Terimalah daku. Ceh ayat power.

Ni aje lah entry kali ni, ni pun aku susah nak post entry sebab sibuk buat kerja lain. Kerja tidur sepanjang masa. Sibuk tau! Ok terima kasih kepada yang sudi baca entry yang bosan ni. Ok bye awak awak.

2 Minggu lagi "PMR"

Hai.

Mak aih lagi dua minggu nak PMR rupanya. Sedar tak sedar PMR semakin menghampiriku. Redha je sebab masa tak boleh berputar. Sekarang ni tengah tension study. Lagi-lagi Math! Parah ni Math aku teruk boleh ke aku lulus? Harap dapat la B ke C ke asalkan lulus. Nak dapat A bukan senang. Masa sekolah rendah selalu lah dapat A sebab senang dan bila masuk je sekolah menengah terus pengsan tengok kertas ujian Math. 

Masa diberi hanya sejam setengah, mana cukup nak buat jalan kira dan nak kira semua soalan. Sebab tu lah selalu main hantam je. Kalau bernasib baik eloklah markah Math. Sekarang ni tak boleh dah nak main-main sangat. PMR tengah sedia nak jemput kita tu. Umur pun semakin tua. Rasa macam form 2 lagi. 

Cikgu kat sekolah pula hai-hari bagi kertas ulangkaji. Terima je, suka tak suka. Kena buat juga sebab penting. Tapi budak form 4 kate nanti bila naik form 4 cikgu mesti cakap "ala PMR tak penting pun" pulak? Kesakaian apakah? Lantaklah la kan.

Pening-pening buat latihan untuk semua subjek. Naik pecah kepala. Takpe lepas PMR boleh la rehat. Guru Penolong kanan pun suruh datang setiap hari. "Datang jangan tak datang! Lepas PMR kamu nak tidur tak bangun-bangun pun takpe!" bak katanyaaa.

Tak sabar nak tamatkan PMR ni.

Okay, sekarang bosan. Bye