Rakan-rakan saya

2 Minggu lagi "PMR"

Hai.

Mak aih lagi dua minggu nak PMR rupanya. Sedar tak sedar PMR semakin menghampiriku. Redha je sebab masa tak boleh berputar. Sekarang ni tengah tension study. Lagi-lagi Math! Parah ni Math aku teruk boleh ke aku lulus? Harap dapat la B ke C ke asalkan lulus. Nak dapat A bukan senang. Masa sekolah rendah selalu lah dapat A sebab senang dan bila masuk je sekolah menengah terus pengsan tengok kertas ujian Math. 

Masa diberi hanya sejam setengah, mana cukup nak buat jalan kira dan nak kira semua soalan. Sebab tu lah selalu main hantam je. Kalau bernasib baik eloklah markah Math. Sekarang ni tak boleh dah nak main-main sangat. PMR tengah sedia nak jemput kita tu. Umur pun semakin tua. Rasa macam form 2 lagi. 

Cikgu kat sekolah pula hai-hari bagi kertas ulangkaji. Terima je, suka tak suka. Kena buat juga sebab penting. Tapi budak form 4 kate nanti bila naik form 4 cikgu mesti cakap "ala PMR tak penting pun" pulak? Kesakaian apakah? Lantaklah la kan.

Pening-pening buat latihan untuk semua subjek. Naik pecah kepala. Takpe lepas PMR boleh la rehat. Guru Penolong kanan pun suruh datang setiap hari. "Datang jangan tak datang! Lepas PMR kamu nak tidur tak bangun-bangun pun takpe!" bak katanyaaa.

Tak sabar nak tamatkan PMR ni.

Okay, sekarang bosan. Bye


3 comments:

Rayen said...

sabar terus belajar mathnya (^,^)b

Shereen Yahya said...

all the best adik :)

Nur Hayati said...

Okay @rayen
thanks kak @shereen :D