Rakan-rakan saya

Kolej Vokasional

 


      Sudah seminggu aku bercuti selepas habis PMR hari itu. Tapi duduk rumah pun bosan sebab terperap dalam rumah. Bukan keluar pergi mana-mana pun. Baru-baru ni aku ada buat pemohonan ke Kolej Vokasional. Aku pilih Setapak sebab KV sana ada bidang yang aku minat. Jurusan apa? Jurusan Komputer. Hehe.. Aku minat sangat dengan sistem rangkaian ni. Dari dahulu lagi. Oleh itu, aku pun pergilah ke laman web rasminya untuk hantar pemohonan tu. Tet tet tet sudah selesai isi borang online dan tekan hantar.

Berharap sangat dapat diterima KV tu sebab aku jenis yang tak minat sangat belajar. Aku lebih suka menghadap komputer berjam-jam lamanya. Berabad pun boleh sampai rosak mata aku yang rabun ni. Sudahlah rabun nak tambah lagi penyakit. Cacat mata ni. Ibubapa pun tak kisah aku mohon KV, dorang sokong aje. Yang penting kita ke sekolah daripada buat kerja yang tak berfaedah.

Bila cuti ni ramai yang keluar 'hang' dengan geng-geng (kawan-kawan).. Seronoknya kan? Aku duduk kat rumah lagi best menghadap laptop kesayangan. Yelah nak keluar tak ada kawan dan tak ada duit. Pokai pokai pokai. Mana ada duit sebab tak kerja lagi. Kenapa tak kerja? Sebab kecik lagi. Tapi ramai yang cari kerja musim cuti ni. Eh sudah kelain tajuk pulak.

Apa yang penting, aku harap permohonan aku diterima. Tolongla ye. Aku nak sangat masuk KV ni. Pakai baju kilang haha. Maksud aku baju warna oren. Yeke warna oren? Kita tengok saja lah bila aku diterima nanti. Kalau tak diterima mungkin bukan rezeki aku kot, Redha je lah kan. Huk huk. Nak buat macam mana. Tapi diri ni berharap diterima oi. Terimalah daku. Ceh ayat power.

Ni aje lah entry kali ni, ni pun aku susah nak post entry sebab sibuk buat kerja lain. Kerja tidur sepanjang masa. Sibuk tau! Ok terima kasih kepada yang sudi baca entry yang bosan ni. Ok bye awak awak.

No comments: